Rabu, 23 Mac 2011

Santa Esmeralda - You're My Everything



gua juga ada ruangan untuk merasai kemengantukan rasa jiwang dalam jiwa.
gua mahu layan,lu orang tidak pula ditegah.jamahlah~

Sabtu, 5 Mac 2011

arpergillus niger., bukan lah suku kaum negro Nigeria!!

mulut longkang golongan ibu kepada si Nyah (bukan nama rekaan), pada pandangan mata akal gua yang meliuk lingguk mengikut tempo rintikan titis hujan ini, adalah jauh lebih bernada manis jika dibandingkan dengan anggota rongga terbuka bawah daripada lokasi hidung milik segelintir fanatik parti politik.

come on! lu orang sudah lah dikelaskan di dalam kelompok bangsa yang sama, agama pula dah ditakdirkan tiada bedanya, semasa hingusan dahulu kerap luangkan masa bersama mengintai janda berhias korek hidung sambil bergayut di telefon awam, sama-sama menyewa DVD blue apabila menginjak usia sedikit belia, akrab bagai muka surat pertama dengan muka surat kedua jika mahu diibaratkan.

arakian, apabila dewasa, setelah 3,4 kali menjalankan kewajipan mengundi semasa musim pilihanraya, apabila ber-chat di friendster mahupun tagged, dan tajuk perbualan pula berkisar mengenai politik, habis huru-hara, hiruk-pikuk, gundah-gulana hati masing-masing, memaki-hamun calon politik dambaan hati si kawan akrab zaman kanak-kanak nya tadi. si A mancarutkan calon kesayangan si B, si B menggelarkan itu-ini calon yang dikagumi si A. apa sudah jadi? mana perginya keakraban waktu menyumpul setem dibangku sekolah rendah dahulu?

itulah masalah nya kalau terlalu taksub dengan atmosfera politik. apa salahnya kalau semangat membara terhadap politik itu sedikit dilarut-cairkan barang sesaat cuma?

daripada lu orang bermasam muka dengan kawan lama sebab politik, walau pun tak berapa nak baik, sebenar nya baik juga kiranya lu orang yang bergaduh kat friendster tu tadi mengajak sesama sendiri keluar lepak, mengumpat janda yang suka korek hidung dulu tu sambil pekena shisha se-pam dua, saksikan skill2 kanak-kanak rempit di dataran shah alam dan kalau rasa line clear jadi jokey bertaruh siapa bakal menang race malam tersebut, atau setidak-tidaknya menjakunkan diri tengok ketangkasan si foreigner kulit hitam kat Bukit Minyak main drift kat tepi lombong Batang Berjuntai,sekali lagi dengan se-pam dua shisha, sambil melupakan sebentar masalah pucuk pimpinan negara tu.

ini cuma cadangan gua sahaja. jika tidak mahu hirau, FINE!!!!sentap hati mak!!

p/s:dah,gua nak sambung study Immunology,BBS 2224 oleh Cikgu Haryati Shila. Majulah sektor industri Rasuah untuk sekalian umat. sekian~