Selasa, 7 Disember 2010

rare-gym ice-rare-ill

wahai teman rumah yang budiman, yang dijaga maruahnya tidak dinamakan..
sesedap perisa anda menonton blue seorang-seorang, ketawa sendirian di kala kami berhempas pulas menyelesaikan tugasan cikgu immune..
anda fikir kelakuan anda menstabilkan ekosistem cakerawala?

Khamis, 18 November 2010

Sabar,pak cik..sabar~

Orang-orang tua atau veteran kat kampung gua, di suatu tempat di negeri Selangor berniat ingin melancarkan amuk beramai-ramai. Oleh kerana terpengaruh dengan ibu bapa, serta datuk nenek mereka, kanak-kanak hingusan yang nak menarik getah lastik pun belum mampu, turut berminat untuk ikut serta. Mungkin juga hanya ingin menyebuk sebagai penonton.

Masing-masing ada membawa senjata suku kaum melayu Malaysia seperti parang, kapak dan pisau yang tidak kepalang tajamnya. Gua percaya mereka semua telah bertungkus-lumus membuat persiapan rapi, yang gua anggarkan sekurang-kurangnya seminggu juga mereka luangkan masa bagi mengasah senjata-senjata yang gua agak fobia itu. Mujur juga, tidak kelihatan bilah-bilah klon keris Taming Sari, lembing, tombak, cemeti mahupun busar (panah) dalam kalangan mereka ini. Jika tidak, pasti gua bingung memikirkan
“siapa sahaja yang berjaya mencipta mesin masa, dan mencampak gua ke zaman kegemilangan Melayu Melaka?”.


Gua tidak kaget, melihat mama gua muncul di tengah-tengah kumpulan yang mengamuk itu, dengan sebilah parang dan sebilah pisau. Dan tidak pula gua berasa bongkak apabila mama menghulurkan senjata-senjata berbahaya itu tadi kepada gua, bagi menyertai acara amukan tersebut.

Dalam lautan wajah manusia itu, muncul beberapa orang jejaka yang gua yakin tidak pernah menyertai mana-mana kejohanan ragbi di bangku persekolahan mereka. Namun, dengan rakus, mereka menerpa ke barisan hadapan, bagi men‘tackle’-rebahkan 4 ekor lembu jantan ke muka bumi. Maka, senjata pertama yang membuat kemunculan pembukaan ialah beberapa bilah parang yang berkilauan apabila memantulkan cahaya mentari jam 10.20 pagi, yang bertindak selaku pemotong urat sorigh oleh 2 orang ustaz @ imam masjid kampung.

Maka selepas itu, kelibat sang kapak dan pisau-pisau tajam tidak lagi dapat disembunyikan. Masing-masing tersangat ingin memunculkan diri, bagi memainkan peranan. Darah merah menyelaputi sekalian umat yang berjuang. Dalam masa yang singkat, 4 ekor lembu yang jumlah jisimnya mungkin mencecah 600kg, lesap bagaikan pesawat yang mundar-mandir di Segi Tiga Bermuda.

Mungkin dalam beberapa hari ini, fakir miskin serta penduduk kampung yang berjuang bersama-sama akan terhindar daripada kelaparan. Mudah-mudahan~



p/s : kepada muslimin-muslimat, “saudara-saudara baru” serta mereka yang lambat-laun akan merasai kemanisan Islam, jangan tunjukkan kejahilan anda dengan berpuasa enam mulai esok hari, 11 Zulhijjah 1431H @ 18 November 2010.

Salam eid al-adha~

Jumaat, 5 November 2010

DON`T READ!!![unless is it 23:59 of 31st oct(depending on wic part of di earth u r situated)]..(tajuk asal ni!!)

CELOTEH MUKA PINTU,SEBELUM MENJEMPUT TETAMU MASUK:

entry gua kali ni secara logik akalnya telah pun terbabas jauh dari genre asal yang kemaruk gua nak perjuangkan..
ayat tricky yang ingin gua guna sebagai alasan penutup kekhilafan diri ialah:

sekadar untuk tatapan gua sendiri..gua cuak benda ini hilang dari facebook,so gua postkan di sini,sebagai backupdisk.

entah mengapa terkinja-kinja organ dalaman yang bernama "hati" ini apabila mendapat balasan mesej di facebook(well,sumpah gua expect mesej gua yang ini kena ignore oleh sang penerima).
so,ternyatalah hati gua ini tak handal permainan "teka-teki hati orang".
apa-apa pun,ketidak-handalan hati ini,tidak merugikan untuk kes ini..
bahkan ada sekelumit-dua rasa bahagia,huhuhuhuhu~~





ENTRY SEBENAR:

<<<<<<<<<<<<<<<<<<< H**** Ibnu Z******
31 October at 01:53

around pukol 7.30p.m++ td,ade tertera 1 iklan,about someting being held on da 30th-31st of oct 2010..
i don realli care..but da "31st OCTOBER 2010" seems to interupt me alot..
still,i dun realli tink about it..
around 9.15p.m++, tgk bola,n9 vs kelate(i sokong n9,tp kehampaan~ tewas 2-1)..inter separoh mase,i teringat balik bout da 31st 0ct..
i tepikey:it must among tarikh penting yg penah i hafal..
b4 start 2nd half, i dh dapat recall~~

da 1st eva gurl,dat i`d kuar wif to a pblic place out of my kampong;
da gurl dat i told her,about how bad i am,at datyme;
da gurl dat shared to her mom about me;
da gurl dat reminds me bout her when somebody talking about all gurlz skewl,and few more.......da tarikh is all about her rupenye.......

i alwayz wanted to be the the last person..but i do bilive dat i xdpt on9 esok,coz ill be on training session esok at the time i wanto wish u..therefore,am writin dis to u skarang,and hoping dat ull obey da instrustion(stated in da subject)..



{happy 19th birthyear of seeing the lovely world,you friend..

ive judged u..thus, i realized dat u sudah matang(i realized during my 2nd sem kt matrik)..
therefore,theres no wish mcm "moge menjadi matang" mcm yg i wishd kt kwn wanita yg lain..

in contraz,
i`d like to wish u:

bersenanglah dinaungi inayah Ilahi,dalam dakapan kasih dan sayang fmly,dan mereka2 yang sentiase mengiangati anda..
wishing u to be lebih prepared utk menempuh this coming 365days of kegembiraan,kejayaan dan kebhgiaaan,any kesedihan,kedukaan mahupon kekecewaan, saat2 manis, saat2 genting, seiring dgn tahap kematangan u pada masa ini....

erm.....................................
jage diri di mane pon anda....}

i have no idea,when u gonna read this..
dont relli expect u to take note da subject or even obeying it..
koz mcm i,u mybe tiade kesempatan wktu tu..
so....jus enjoy reading..

salam ingatan dari Malaysia....


dan reply dari sang dia:


A****** Z*******
03 November at 02:24 Report

h**** :) actually i read the message before 11.59pm here in UK. I was so confused, which time should i refer to, UK or msia hehe.

Thanks for the note, I really appreciate it. Yup, these are memories that taught us how to be strong adults :) comel je if ingat balik.

I liked you like crazy after the first time we met at EIC. It's embarassing but well, I was a naive, and I would call you my first crush :D

haha matured? not yet!
but yeah sometimes i think i'm behaving older than my actual age. which is not good, nampak tua :D

tapi i hope u still nampak i as a cute girl , pendek, clumsy :D cause I am still the same me , as we met before.

Btw,thanks for everything. It's so sweet of you. Thank you, friend :) You are something that I will never forget, cause I will never ever be able to remove 'experience' from my life :)

>>>>>>>>>>>>>>>



okey..
lu orang tak perlu komen pasal ejaan & struktur ayat gua..
gua sendiri sedar akan kekurangan itu..gua tulis tergesa-gesa,der...
and tak silap dalam 6-7 minit sahaja untuk gua karang isi hati gua tu..
dan gua online dlm 15minit only pagi itu(totally spent untuk isi borang nak guna wifi Mc D + sign-in facebook + karang + send)..
pasal grammar.....................
eh,ade rama-rama cantik lah, kat dalam akuarium adik gua!!
bye2~


p/s:gua memang sengaja tak nak edit surat wish bornday gua tu sebab tak nak si rejim is-rare-ill dan pelancong-pelancong dari hiroshima guna google chrome untuk translate hal-hal peribadi gua.guna ayat pasar rakyat malaysia,google tak dapat translate,kan..?
kan..?kan ke tak..??!!

Khamis, 4 November 2010

gua bukan dalam masjid..tapi..........

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim" (Hadis Riwayat Ibn Majah)


iman ada pasang surut..

p/s:gua nk baca sendiri sahaja sebenarnya..
tak ada tempat nak di save kan..
post je la kt blog sendiri

Jumaat, 13 Ogos 2010

Arrgghh!!!! Aku sangap!!

Pada mulanya, gua ingin memberi tajuk “argh, puas~” pada nukilan gua pada kali ini kerana gua telah merancang untuk menikmati sesuatu yang tiada tandingan nikmatnya di dunia ini. Akan tetapi, kenikmatan yang gua idamkan, tidak kunjung dapat gua laksanakan. Sepanjang waktu siang, dalam lebih kurang 13 jam setengah gua menahan nafsu yang membelenggu diri . Namun bila tiba waktu untuk gua melampiaskan nafsu itu, iaitu apabila telah selesai berbuka puasa, gua terus alpa dengan ibadah-ibadah wajib beserta sunat-sunat sampingannya. Nafsu gua yang meluap-luap ketika tekun menjalani ibadah puasa siang tadi, tidak pula meluap-luap pada waktu malamnya, hingga ke waktu imsak tadi.

Namun, apabila azan subuh berkumandang, apabila gua pergi ke tandas untuk melaksanakan Qada` hajat, nafsu gua meronta-ronta minta dilayan kembali. Argh! Mengapa tidak gua turutkan kehendak nafsu gua sepanjang diberikan kesempatan waktu oleh Allah s.w.t sepanjang waktu fajar masih mengasingkan dirinya di bahagian Bumi yang 1 lagi?
Adakah gua patut menyesal?

Persoalan ini akan menghakimi gua tentang sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan gua dalam menghadapi bulan mulia yang digelar oleh Rasulullah S.A.W sebagai “bulan bagi umat ku” ini.

Bagi persoalan itu, gua berfikir secara logik orang dewasa, mungkin gua tidak patut menyesal. Walau bagaimanapun gua patut membuat satu nota peringatan tentang harusnya gua memuaskan nafsu diri ini yang mengganggu-gugat konsentrasi dalam menjalani ibadah puasa, apabila ada waktu kelapangan di malam hari.

Dalam nota peringatan itu nanti,akan gua coretkan; “wahai hamba Allah yang bernama *****, puaskanlah nafsu mu sekarang! Koreklah lubang hidung mu di kesempatan ini, iaitu selepas gelincirnya matahari, dan sebelum terbit fajar esok hari. Moga kau peroleh kenikmatan yang mutlak,yang selalu engkau dambakan”.

Lalu, akan gua tampalkan nota ringkas tapi penuh dengan pengertian itu, di pintu peti sejuk yang selalunya menempatkan makanan yang lazat-lazat, serta minuman yang akan memuaskan satu bahagian lain nafsu diri gua.

Argh! Gua kembali sangap membaca nukilan gua ini! Jagalah engkau wahai lubang hidung! Akan gua korek sepuas-puasnya apabila terbaca nota di pintu peti sejuk itu,selepas berbuka kelak!

Harus berlalu pergi. Selamat berpuasa~(n_n)v

Jumaat, 23 Julai 2010

mane BONTOT modem broadband gua..????

lama gila jua rasanya semenjak post yang termuktahir.
sebenarnya gua malas,tapi gua tak mahu mengaku gua malas.
so,gua nak buat alasan yang gua tak post sepatah haram selama ketiadaan gua adalah disebabkan oleh kekangan medium meng-online.
broadband gua buat hal merajuk-rajuk pula dia.
dia sangka dia comel,nak mengharap pujukan gua..?

jadi sebagai ikhtiar,gua tercari-cari lokasi sebenar bontot si adik modem broadband tu, untuk gua tunjal-tunjal bahagian sulit tersebut,sebagai denda yang tidak seberapa.
gua rasa gua dah jumpa,sebab itu gua dah boleh online~

moga idea gua masih dalam hard disk kepala koghok gua.

p/s: aduh,kekoknya rasa menaip sekarang ini.
mungkin akan mengambil jangka waktu yang panjang lagi untuk post yang seterusnya.

Ahad, 13 Jun 2010

siHir;pukAu (siri ke-satu)

Tak menyempat gua nak enjoy cuti sem ni,dah kne balik Universiti gua yang yuran dia memang tak hengat. Nak terberanak ayahanda gua dibuatnya!(gua kena lelong beb,kat ipta..tepaksa lah gua masuk juga ipts,bagi merealisasikan cita-cita gua-melastik telur komando-komando rejim zionis!)

Okay.Bukan fasal yuran U mahupun cita-cita murni yang gua nak story.

Cuti gua yang dikacau-bilaukan yang gua nak lu orang take note. Cuti yang sepatutnya 5 minggu,gua kena bundarkan kepada 3 minggu sahaja. Cilanat,tak cilanat? Tolak 2 minggu,beb. Kalau tulis belog,dah siap 1 perenggan dah! Kalau gua buat kerja part time kat kedai dobi pun dapat juga gaji lumayan,dapat gua sedekahkan ke masjid-masjid pada hari jumaat,dan ke casino pada hari-hari lain nya. Rugi gua.

Fenomena tersusutnya bilangan cuti gua ini berlaku atas alasan,gua kena kerah menjadi fasilitator minggu orentasi pelajar-pelajar hingusan yang gatal pungkoq nak study kat mana gua study. Gua tahu lah yang gua memiliki sifat-sifat murni yang patut ditauladani. Tapi perlukah sampai nak ekori gua,kat mana gua study? Syial la budak-budak yang nak menuntut ilmu kat U gua tu. Tak kasihan gua betul! Belajar lah kat universiti lain. Tak perlulah gua korbankan cuti gua semata-mata bagi memimpin tangan dia orang ni bagai nak pimpin tangan warga emas melintas landasan monorel,bagi menjayakan orentasi mereka ini. Tak indie(independent) betul kanak-kanak sekarang!

Gua ingat nak join exco ke-tidur-an sahaja. Ternyata,impian gua palsu belaka. PLASTIK,bak kata nyah-nyah di rumah urut yang selalu gua kunjungi itu. Gua diserapkan ke dalam exco pengangkutan pula. Tak menepati kredibiliti dan prinsip hidup gua langsung! Kalau dapat exco kerohanian,kira sipi-sipi lah juga dengan perwatakan gua yang warak ini. Boleh juga gua ajarkan budak-budak itu nanti tentang bagaimana meng-qasar-kan solat subuh dan mahgrib..

p/s:
gua ingat nak pergi berbuka puasa sunat gua sekejap lah..pause dulu la kalau begitu..

Rabu, 9 Jun 2010

PANAS!!(ini bukan gosip artis dikejar dengan tudong periuk)

Panas skrg bukan maen.Mungkin suhu takat lebur ais sudah beralih arah ke 20degree celcius(siapa sedar..?)Tapi kain baju yg adik perempuan aku jemur sejak pukul 8.o0 pagi tadi,tiada juga kunjong kering..Optical Illusion kah..?(Arh!!Aku tiada di rumah.Mana ku tahu sudah di angkat atau belom)

Makwe si Herry(entah ape namenye)yang duduk bercangkong di depan entrance utama Jusco Bukit Tinggi bagai mat pitt sangap,leka meniup2 hujong tudong di pangkal gigi rambotnye yg terkeluar sikit2,bagi membekalkan angin ke sekitar raut wajahnye yg puteh melepak,bertompok2 itam,bekas jerawat itu.Riak mukanye nampak begitu bersahaja,bagaikan telah beberape dekad mempraktikkan kelakuan luar tabii tersebut.Sambil itu,matanya dgn selamba menjeling ke atas tudung kain cotton yg dpakainya itu,yg dihadiahkan oleh Herry kpadanya,berbekalkan duit yg ak pinjamkan tempoh hari.Dalam diam,aku cuba meniru kelakuan yg sama kepada topi tom&jerry adikku yg sedang ak pakai.Bagai mahu terjojol keluar mataku!(cinabeng!caner ko buat,doe??)

Akibat kepanasan tahap kemarau panjang,Herry ofer diri nak pegi beli air isotonic,bagi mengembalikan cecair yang hilang dari dalam badan,kat dlm jusco.

Dgn kepercayaan penuh,Herry mengamanahkan aku untuk take care of his gurl..

Kalau tak sebab ak dah berikrar macam kt perhimpunan ari isnin ms drjah 6 dulu tu ngan dy tadi,mesti ak dah start ss2 racing spirit ak,date ngan awek dy kt Pantai Remis.Cis,melepas!!

Bile je Herry melangkah ke gawang Jusco tu,tinggallah ak ngan awek dy yg still lagi mencangkong kt muke pintu Jusco tu..Kuang pelajaran Kajian Tempatan tol,minah ni..!!Seb bek muke cun,dimaafkan..

Sambil minah ni leka ngan aktiviti mase lapang dy tadi tu,ak jeling2 tgk aksi mencabar die tu..Terdetik gak rase kagum dlm diri ini..Masa kan tidak?Meniup tudung yg terletak di atas kepale hotak anda,menggunakan mulot yg lokasinye di bawah idong yg berhingos itu..Perpendicular,tu beb!!Suatu tindakan luar tabii yang tiade maafnye!!Tiade akal yang waras dapat menerangkan teori ape yg digunakan awek Herry ni..

Albert Einstein dan Bernoulli pasti menyesal tidak hidop di zaman ini,bagi mengkaji fenomena aneh ini..

Namun,keegoan membuatkan diri ini sentiase macho,dgn muke ketat masam cam org yg give up cari jamban,buat2 tak hiraukan kelakuan sumbang awek sepupu ak ni(walaupon kekaguman ak,yahap ke-12!!)..


Padahal dlm hati,"Yuran tuisyen ngan awak utk ilmu sesat ni berape,ea..?"Ak amat bangge bile dpt kwl diri dari terlelong kemachoan diri ini..Walaupon dlm cuace panas ala2 hairdryer ilang suiz nk turunkan suhu,ak masih dpt mengawal kekacakan dgn berdiri bersandar ke tong berwarne hijau(tong sampah ke..??aku xperasan..tiade mase utk siasat..yg penting ak ensem),sambil tgn dimasukkan ke dlm saku seluar(padahal nak sorok tgn ak yg termelekat kahak lepas batok cam anjing sebelom herry blah td),dan kaki bersilang(menahan kencing)..

Pergh!!Kalau ade cermin besar depan muke ak pada ketika ini,ak nak buat :

Hormat d raja..hormat ke hadapaaaaaaaan,hormat!!!!!

Tapi keegoan ku ternyate terbatas..Ada taman rame-rame dlm hati ini(kenape tak taman buaye..??)Dah berkali2 ak curi2 buat kt topi tom&jerry adek ak ni..xberjaye gak!!Ak akur,yg ak perlukan mahaguru..Ak terdudok terjelepok ke lantai di depan muke pintu jusco ni,tande tidak berdaye melawan keegoan diri..Baeklah..Dalam 3 saat,ak akan kemukakan keinginan ak utk berguru ngan minah ni,dlm pelajaran ilmu songsang beliau ini..

1,,,,

2,,,,

tiiii,,,gggg,,,

"Nah,air kau",Herry menghulurkan air 100 plus perisa carrot susu kpade ku...

Dan kemudian,air revive perise tebu kepade buah hati die..

Fuuuhhh~

Pheeeewwwww~

Naseb baek,on time..Baru nak bukak mulot..

Cuace panas memang bahaye..

Keegoan lelaki ku hampir2 diragot oleh kelakuan zaman firaun awek si Herry ni..

Naseb baek~

-KEEGOAN KU TIDAK TERGADAI-(mungkinkah tajok camni lebih sesuai..????)