Isnin, 7 November 2011

::YAKUZA LOVES GEISHA::

Emilda   : Hey,my man..Apa awak buat kalau kita terpaksa end-up our relationship..?
Yakuza  : Kalau kita clash..?erm…saya akan cari my ex..Ajak dia hang out..Watch movies maybe, go to theme park or mana-mana…sampai masa, ask her if she can accept me back..
Emilda   : Shit!! You are not regret and rather fikir about your ex berbanding saya dalam situasi camtu?  Like, she is the first person u think of..? Fine!! I want to break up..now!!
Yakuza  : Now? Okay..
Emilda   : ???????
Yakuza  : So..boleh temankan I tengok sunset petang nanti..?
Emilda   : I thought you nak cari ex you..?
Yakuza  : You are now, my ex……

Sabtu, 5 November 2011

Kawan-kawan panggil saya Mama. Comel sahaja perilaku diri sejak itu~

Seantero Malai xia akan faham makna perkataan “gua” apabila digunakan dalam ayat sebegini:
“Sekarang ini lu sudah menghasilkan najis di tempat gua. Impaknya, kembang kempis silih berganti rongga terbuka hidung gua menahan rasa berang.”

Dalam situasi lain, tiada masalah rasanya bagi sekalian umat yang menghirup udara di muka bumi Malaysia ini untuk memahami perkatan “gua” dalam struktur ayat ini pula:
“Keluasan Gua Niah mampu memuatkan lebih dari 1000 biji bas yang digunakan bagi menjayakan drama bersiri, geng bas sekolah”.

Jelas bukan, bagaimana ketaranya perbedaan makna bagi keduanya? Maka setiap individu yang memerah keringat bagi memcerna ayat yang mengandungi perkataan tersebut, tidak perlu membaca berulang kali,bagi memastikan “gua” dari contoh ayat pertama atau yang kedua yang dimaksudkan. Sekali baca sudah dapat ditangkap, “gua” yang mana yang memainkan peranan melengkapkan ayat.

Huraian di atas adalah tindak balas emosi bagi menangkis tohmahan oleh segelintir masyarakat pedalaman Rusia yang bingung memikirkan relevannya penggunaan “gua” sebagai kata ganti nama alternative bagi menggantikan perkatan “saya” yang kedengaran sedikit manja, mahupun  “aku” yang mempamerkan sifat ego jika digunakan dalam penulisan surat rasmi. “Gua”; tidak menampakkan femininity apabila sang arjuna gunakan, tidak pula melambangkan suara garau jika wanita yang guna-pakai. Tidak membataskan usia, tidak membezakan darjat dan pangkat, itu daya penariknya.

Well, gua lah antara tokoh yang menggunakan “gua” dalam mengekspresikan setiap rangkap celotehan monolog ke dalam bentuk tulisan alphabet ini. Namun, janganlah kalian, wahai pemastautin pedalaman Rusia sekalian menganggap penggunaan “gua” ini adalah diilhamkan oleh abang long-abang long di luar sana untuk gua gunakannya. Tidak pula tersembul idea menciplak apabila khatam menonton “Kuala Lumpur Gangsterisme”. Hanya mungkin tanggapan yang boleh diakui betul, ialah meniru blogger-blogger lain telah lebih lama berkecimpung dalam bidang penulisan maya. Hanya separa betul, sebenarnya.

Adapun demikian, kebelakangan ini dunia menyaksikan perubahan dalam diri otai-otai blogger, yang mana mereka ingin memartabatkan Bahasa Melayu ke tahap paling jitu, yang mampu mereka perjuangkan. Maka mereka beransur-ansur menyita penggunaan “gua” dalam karya mereka. Aku, saya, hamba, patik, beta; antara kata ganti nama yang biasa-biasa sahaja, tetapi boleh diterima dan diberi lambang jenama Nike oleh ketua panitia bahasa melayu, jika diminta menanda esei sepanjang 350 patah perkataan.

Namun bagi yang kaki rebel, “baby” lebih kerap terpilih bagi mengeksploitasikan diri mereka ke dalam struktur ayat. Kalau lain-lain blogger boleh guna “baby”sebagai pengganti diri, mengapa segelintir yang lain mesti dihalang? Tapi, oleh sebab ingin memiliki identiti tersendiri, diri ini prefer untuk guna “mama”. So, dalam karya-karya seterusnya bagi menggantikan “gua”, mama merujuk kepada penulis..=)

p/s: Mama seorang jejaka. Mama, yakuza belum sunat~~

Isnin, 6 Jun 2011

Metaforah Refrigeratah

Kelibat botol CLOROX (perisa Regular) di dalam peti bersegi yang fungsi asalnya mensuhu-rendahkan bahan makanan, yang keternamakan sebagai peti sejuk itu, tidak berlaku seadanya dia. Isipadu Clorox yang masih tersisa juga, masih mampu membasmi kuman influenza berkadar jutaan .

Botol itu pasti telah dibawakan jasadnya ke dalam sana. Walau siapa pun yang pernah mengerah keringat memastikan keterjadian peristiwa itu, jika anda menggambarkan penterjemahan frasa hiperbola yang anda imaginkan ke dalam bentuk tindak-tanduk, budi pekerti-mu tiada nilai estetika seni imaginasi klasik .

Anda yang memegang watak sebagai pembawa-botol-CLOROX-ke-dalam-peti-sejuk; dari pandangan mata gua, telah juga memegang watak pemangkin-kemarahan-tuai-rumah-banglo-nombor-7-Bukit-Minyak; Hafizan Ali.

Mungkin juga termasuk kemarahan ahli-ahli rumah yang lain. KAMI SEMUA NAK KERASKAN AIS DALAM FREEZER LAH, BAJINGAN!!! Berharuman clorox perisa regular pula kelak!


P/S: bayarkan sewa rumah bulan April lalu yang masih tertunggak,beserta sewa-separuh-harga bulan Jun ini, sebagai tindakan meminta maaf.

Isnin, 9 Mei 2011

69% atau posisi 69..???

punya tebal naskah KAMASUTRA tu, gua sepatutnya baca 1 bab sahaja.
tapi sebab dia punya susah lain macam sikit angle nya, gua sangkut pada muka surat 13.
susah la gua nak khatam kamasutra ni jawabnya.
lu orang kalau ada tips bagus-bagus tentang cara nak enjoy baca naskah yang sulit tu,share-share la.
gua kanak-kanak berhingus. mentality memang tak kukuh lagi.
tolong ya, sebab gua ada test subjek kamasutra, MPW22-69.

Rabu, 27 April 2011

El Tigre v.s Patrick of the bikini bottom


Along
Abang paling tua, berusia 20 tahun. Lepasan sekolah menengah berasrama penuh, juga lepasan matrikulasi. Ditambah lagi, sedang menuntut untuk ijazah sarjana muda.
Hazmi
adik bongsu, 7 tahun. Darjah 1, sekolah rendah di luar Bandar (kampung).

*****
Televisyen:         aku akan musnahkan kau sehingga berkecai ketahap molekul!!
hiargh!!

Dua beradik yang sedang lepak-lepak santai, berbaring separuh bogel depan televisyen, menonton El Tigre (Malay-translated cartoon yang ditayangkan petang-petang di tv9).

Hazmi: Along, along. Molekul tu apa?
Along: Molekul tu, zarah-zarah halus atau blok-blok asas yang dalam keadaan asalnya tidak kelihatan oleh mata kasar manusia, jika tidak dibantu oleh sebarang alat bantuan penglihatan. Tapi apabila dikumpulkan dalam kuantiti yang banyak, akan menjadikan suatu jasad yang kelihatan pada mata kasar, tanpa perlu alat bantuan penglihatan. Faham?
Hazmi: Haaaaaaaa?????
Along: Ermmmmm………

*****
Sekali lagi,
Along
Abang paling tua, berusia 20 tahun. Lepasan sekolah menengah berasrama penuh, juga lepasan matrikulasi. Ditambah lagi, sedang menuntut untuk ijazah sarjana muda.
Hazmi
adik bongsu, 7 tahun. Darjah 1, sekolah rendah di luar Bandar (kampung).

Khamis, 21 April 2011

skodeng,deng,deng~~

jeng,jeng,jeng~~
gua nak bagi ucapan segenggam-2 kata ni.
gua follow lu,sebab gua rasa-rasa macam nak mengaji bahasa minah salleh seksi meksi dari lu, disebab-musababkan oleh bebelan lu dalam blog lu yang secubit-2 sahaja perkataan dalam bahasa minah melayu sopan cipan yang mana selebihnya mewakili perkataan-perkataan bahasa ibunda rakyat australia,dan penduduk setinggan amerika.
boleh kan,lu..?
lu yang dimaksudkan:  alol0lol0lo~~ jiwang awek orang ni~

ini bukan ciplak!!

seperti yang tertera pada judul,(jika kalian reti membaca) gua bukan nak ciplak.
cuma gua tak berapa rajin nak follow mereka.tapi gua respect mamat/minah ni punya content:
yang ni,mungkin nukilan permulaan sebelum kisah kat atas ni .lu orang tak mahu baca,gua sendiri nak:
ni pula, perkaitan sejarah Andalusia di atas,dengan peristiwa selepas dari tarikh hitam di Andalusia:

p/s: ok. gua faham yang entri kali ni bosan gila.
tapi bagi para pengkaji,selamat menelaah~

Rabu, 23 Mac 2011

Santa Esmeralda - You're My Everything



gua juga ada ruangan untuk merasai kemengantukan rasa jiwang dalam jiwa.
gua mahu layan,lu orang tidak pula ditegah.jamahlah~

Sabtu, 5 Mac 2011

arpergillus niger., bukan lah suku kaum negro Nigeria!!

mulut longkang golongan ibu kepada si Nyah (bukan nama rekaan), pada pandangan mata akal gua yang meliuk lingguk mengikut tempo rintikan titis hujan ini, adalah jauh lebih bernada manis jika dibandingkan dengan anggota rongga terbuka bawah daripada lokasi hidung milik segelintir fanatik parti politik.

come on! lu orang sudah lah dikelaskan di dalam kelompok bangsa yang sama, agama pula dah ditakdirkan tiada bedanya, semasa hingusan dahulu kerap luangkan masa bersama mengintai janda berhias korek hidung sambil bergayut di telefon awam, sama-sama menyewa DVD blue apabila menginjak usia sedikit belia, akrab bagai muka surat pertama dengan muka surat kedua jika mahu diibaratkan.

arakian, apabila dewasa, setelah 3,4 kali menjalankan kewajipan mengundi semasa musim pilihanraya, apabila ber-chat di friendster mahupun tagged, dan tajuk perbualan pula berkisar mengenai politik, habis huru-hara, hiruk-pikuk, gundah-gulana hati masing-masing, memaki-hamun calon politik dambaan hati si kawan akrab zaman kanak-kanak nya tadi. si A mancarutkan calon kesayangan si B, si B menggelarkan itu-ini calon yang dikagumi si A. apa sudah jadi? mana perginya keakraban waktu menyumpul setem dibangku sekolah rendah dahulu?

itulah masalah nya kalau terlalu taksub dengan atmosfera politik. apa salahnya kalau semangat membara terhadap politik itu sedikit dilarut-cairkan barang sesaat cuma?

daripada lu orang bermasam muka dengan kawan lama sebab politik, walau pun tak berapa nak baik, sebenar nya baik juga kiranya lu orang yang bergaduh kat friendster tu tadi mengajak sesama sendiri keluar lepak, mengumpat janda yang suka korek hidung dulu tu sambil pekena shisha se-pam dua, saksikan skill2 kanak-kanak rempit di dataran shah alam dan kalau rasa line clear jadi jokey bertaruh siapa bakal menang race malam tersebut, atau setidak-tidaknya menjakunkan diri tengok ketangkasan si foreigner kulit hitam kat Bukit Minyak main drift kat tepi lombong Batang Berjuntai,sekali lagi dengan se-pam dua shisha, sambil melupakan sebentar masalah pucuk pimpinan negara tu.

ini cuma cadangan gua sahaja. jika tidak mahu hirau, FINE!!!!sentap hati mak!!

p/s:dah,gua nak sambung study Immunology,BBS 2224 oleh Cikgu Haryati Shila. Majulah sektor industri Rasuah untuk sekalian umat. sekian~

Ahad, 20 Februari 2011

unta lesbian!

pernah lu orang lihat seekor unta di padang pasir sedang cuba mengalihkan piramid Giza untuk mencipta short-cut yang menghalang laluannya..?

kalau lu orang berdusta dan mengatakan pernah, gua akan buat-buat percaya dengan wajah serius yang tidak menggambarkan kejengkelan gua kepada pembohongan lu orang itu.

situasi gua,lebih perit jika dibandingkan dengan unta khayalan lu orang itu.

dalam 2 minggu ini, gua akan berada di "bawah" beberapa biji piramid.

ini cuma perumpamaan sahaja. gua just nak describe betapa besarnya, beratnya pressure yang gua sedang kendong, tanggung atau dukung.

proposal 9 helai tentang thesis berkenaan Perna viridis, harus gua alter bagi disemak oleh supervisor gua, buat kali terakhir sebelum isnin ini(22 feb 2011).
hal ini demikian kerana, gua akan submit proposal ini, dengan kesalahan tatabahasa serta metodologi yang mungkin masih banyak sumbingnya pada selasa ini(23 feb 2011).
isnin ini juga, gua perlu dengan paksa mahupun pasrah, menghadiri meeting tentang menganjurkan program berbasikal bagi mempromosikan UNISEL dan JPAM ke mata kanak-kanak sekolah menengah sekitar Batang Berjuntai ini.
pada hari isnin ini juga nanti, gua bersama-sama ahli rumah banglo nombor 7 Bukit Minyak, akan ada perbentangan tentang tempe daripada jagung.
perh!!!bila nak buat slide nya..??

rabu, akan berlangsung pula program berbasikal itu. juga,dengan kemungkinan yang agak besar, akan ada perbentangan secara berkumpulan tentang transgenic corn.

cibet!gua serabut sekarang ini!!
mahu beransur pergi..

p/s: chow, Lan chow!!

Isnin, 31 Januari 2011

8 nombor onk!!!

03-8186686..
012-*****85
013-***85*8
c-85
BFB 8418
when i was 8, i think it was among the best chilho0d learning progress..
when i was 18, i knew many pretty girls masa di matrikulasi,=)
(or maybe at least i usha-ed them)

i will be marrying my wife at the age of 28..(insyaAllah)
jemputlah ke majlis walimatul urus gua kelak~

all i want to highlight here is that 8 is ALWAYS my liky+lucky number..
from the very beginning, surrounded by "8"..

therefore,do not complaint why there are only 8 posts for the year of 2010..
so, untuk tahun 2011 ni..
gua akan samada melancarkan 8, 18, 28, 38 atau pun, 88 biji post..
terserah kepada kerajinan,dan pilihan nombor 8 mana yang teringin menzahirkan kewujudan mereka dalam susunan nombor~





p/s:gua tau, siapa baca mesti pening.
akan tetapi, tiada sebab munasabah untuk gua kerah diri ini untuk KISAH.
selamat mengunjungi tahun 2o11(n_0)v
jangan gatal-gatal mulut nak cakap dah terlewat..
(still bulan januari,maaa~~)