Ahad, 20 Februari 2011

unta lesbian!

pernah lu orang lihat seekor unta di padang pasir sedang cuba mengalihkan piramid Giza untuk mencipta short-cut yang menghalang laluannya..?

kalau lu orang berdusta dan mengatakan pernah, gua akan buat-buat percaya dengan wajah serius yang tidak menggambarkan kejengkelan gua kepada pembohongan lu orang itu.

situasi gua,lebih perit jika dibandingkan dengan unta khayalan lu orang itu.

dalam 2 minggu ini, gua akan berada di "bawah" beberapa biji piramid.

ini cuma perumpamaan sahaja. gua just nak describe betapa besarnya, beratnya pressure yang gua sedang kendong, tanggung atau dukung.

proposal 9 helai tentang thesis berkenaan Perna viridis, harus gua alter bagi disemak oleh supervisor gua, buat kali terakhir sebelum isnin ini(22 feb 2011).
hal ini demikian kerana, gua akan submit proposal ini, dengan kesalahan tatabahasa serta metodologi yang mungkin masih banyak sumbingnya pada selasa ini(23 feb 2011).
isnin ini juga, gua perlu dengan paksa mahupun pasrah, menghadiri meeting tentang menganjurkan program berbasikal bagi mempromosikan UNISEL dan JPAM ke mata kanak-kanak sekolah menengah sekitar Batang Berjuntai ini.
pada hari isnin ini juga nanti, gua bersama-sama ahli rumah banglo nombor 7 Bukit Minyak, akan ada perbentangan tentang tempe daripada jagung.
perh!!!bila nak buat slide nya..??

rabu, akan berlangsung pula program berbasikal itu. juga,dengan kemungkinan yang agak besar, akan ada perbentangan secara berkumpulan tentang transgenic corn.

cibet!gua serabut sekarang ini!!
mahu beransur pergi..

p/s: chow, Lan chow!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan