Khamis, 18 November 2010

Sabar,pak cik..sabar~

Orang-orang tua atau veteran kat kampung gua, di suatu tempat di negeri Selangor berniat ingin melancarkan amuk beramai-ramai. Oleh kerana terpengaruh dengan ibu bapa, serta datuk nenek mereka, kanak-kanak hingusan yang nak menarik getah lastik pun belum mampu, turut berminat untuk ikut serta. Mungkin juga hanya ingin menyebuk sebagai penonton.

Masing-masing ada membawa senjata suku kaum melayu Malaysia seperti parang, kapak dan pisau yang tidak kepalang tajamnya. Gua percaya mereka semua telah bertungkus-lumus membuat persiapan rapi, yang gua anggarkan sekurang-kurangnya seminggu juga mereka luangkan masa bagi mengasah senjata-senjata yang gua agak fobia itu. Mujur juga, tidak kelihatan bilah-bilah klon keris Taming Sari, lembing, tombak, cemeti mahupun busar (panah) dalam kalangan mereka ini. Jika tidak, pasti gua bingung memikirkan
“siapa sahaja yang berjaya mencipta mesin masa, dan mencampak gua ke zaman kegemilangan Melayu Melaka?”.


Gua tidak kaget, melihat mama gua muncul di tengah-tengah kumpulan yang mengamuk itu, dengan sebilah parang dan sebilah pisau. Dan tidak pula gua berasa bongkak apabila mama menghulurkan senjata-senjata berbahaya itu tadi kepada gua, bagi menyertai acara amukan tersebut.

Dalam lautan wajah manusia itu, muncul beberapa orang jejaka yang gua yakin tidak pernah menyertai mana-mana kejohanan ragbi di bangku persekolahan mereka. Namun, dengan rakus, mereka menerpa ke barisan hadapan, bagi men‘tackle’-rebahkan 4 ekor lembu jantan ke muka bumi. Maka, senjata pertama yang membuat kemunculan pembukaan ialah beberapa bilah parang yang berkilauan apabila memantulkan cahaya mentari jam 10.20 pagi, yang bertindak selaku pemotong urat sorigh oleh 2 orang ustaz @ imam masjid kampung.

Maka selepas itu, kelibat sang kapak dan pisau-pisau tajam tidak lagi dapat disembunyikan. Masing-masing tersangat ingin memunculkan diri, bagi memainkan peranan. Darah merah menyelaputi sekalian umat yang berjuang. Dalam masa yang singkat, 4 ekor lembu yang jumlah jisimnya mungkin mencecah 600kg, lesap bagaikan pesawat yang mundar-mandir di Segi Tiga Bermuda.

Mungkin dalam beberapa hari ini, fakir miskin serta penduduk kampung yang berjuang bersama-sama akan terhindar daripada kelaparan. Mudah-mudahan~



p/s : kepada muslimin-muslimat, “saudara-saudara baru” serta mereka yang lambat-laun akan merasai kemanisan Islam, jangan tunjukkan kejahilan anda dengan berpuasa enam mulai esok hari, 11 Zulhijjah 1431H @ 18 November 2010.

Salam eid al-adha~

Jumaat, 5 November 2010

DON`T READ!!![unless is it 23:59 of 31st oct(depending on wic part of di earth u r situated)]..(tajuk asal ni!!)

CELOTEH MUKA PINTU,SEBELUM MENJEMPUT TETAMU MASUK:

entry gua kali ni secara logik akalnya telah pun terbabas jauh dari genre asal yang kemaruk gua nak perjuangkan..
ayat tricky yang ingin gua guna sebagai alasan penutup kekhilafan diri ialah:

sekadar untuk tatapan gua sendiri..gua cuak benda ini hilang dari facebook,so gua postkan di sini,sebagai backupdisk.

entah mengapa terkinja-kinja organ dalaman yang bernama "hati" ini apabila mendapat balasan mesej di facebook(well,sumpah gua expect mesej gua yang ini kena ignore oleh sang penerima).
so,ternyatalah hati gua ini tak handal permainan "teka-teki hati orang".
apa-apa pun,ketidak-handalan hati ini,tidak merugikan untuk kes ini..
bahkan ada sekelumit-dua rasa bahagia,huhuhuhuhu~~





ENTRY SEBENAR:

<<<<<<<<<<<<<<<<<<< H**** Ibnu Z******
31 October at 01:53

around pukol 7.30p.m++ td,ade tertera 1 iklan,about someting being held on da 30th-31st of oct 2010..
i don realli care..but da "31st OCTOBER 2010" seems to interupt me alot..
still,i dun realli tink about it..
around 9.15p.m++, tgk bola,n9 vs kelate(i sokong n9,tp kehampaan~ tewas 2-1)..inter separoh mase,i teringat balik bout da 31st 0ct..
i tepikey:it must among tarikh penting yg penah i hafal..
b4 start 2nd half, i dh dapat recall~~

da 1st eva gurl,dat i`d kuar wif to a pblic place out of my kampong;
da gurl dat i told her,about how bad i am,at datyme;
da gurl dat shared to her mom about me;
da gurl dat reminds me bout her when somebody talking about all gurlz skewl,and few more.......da tarikh is all about her rupenye.......

i alwayz wanted to be the the last person..but i do bilive dat i xdpt on9 esok,coz ill be on training session esok at the time i wanto wish u..therefore,am writin dis to u skarang,and hoping dat ull obey da instrustion(stated in da subject)..



{happy 19th birthyear of seeing the lovely world,you friend..

ive judged u..thus, i realized dat u sudah matang(i realized during my 2nd sem kt matrik)..
therefore,theres no wish mcm "moge menjadi matang" mcm yg i wishd kt kwn wanita yg lain..

in contraz,
i`d like to wish u:

bersenanglah dinaungi inayah Ilahi,dalam dakapan kasih dan sayang fmly,dan mereka2 yang sentiase mengiangati anda..
wishing u to be lebih prepared utk menempuh this coming 365days of kegembiraan,kejayaan dan kebhgiaaan,any kesedihan,kedukaan mahupon kekecewaan, saat2 manis, saat2 genting, seiring dgn tahap kematangan u pada masa ini....

erm.....................................
jage diri di mane pon anda....}

i have no idea,when u gonna read this..
dont relli expect u to take note da subject or even obeying it..
koz mcm i,u mybe tiade kesempatan wktu tu..
so....jus enjoy reading..

salam ingatan dari Malaysia....


dan reply dari sang dia:


A****** Z*******
03 November at 02:24 Report

h**** :) actually i read the message before 11.59pm here in UK. I was so confused, which time should i refer to, UK or msia hehe.

Thanks for the note, I really appreciate it. Yup, these are memories that taught us how to be strong adults :) comel je if ingat balik.

I liked you like crazy after the first time we met at EIC. It's embarassing but well, I was a naive, and I would call you my first crush :D

haha matured? not yet!
but yeah sometimes i think i'm behaving older than my actual age. which is not good, nampak tua :D

tapi i hope u still nampak i as a cute girl , pendek, clumsy :D cause I am still the same me , as we met before.

Btw,thanks for everything. It's so sweet of you. Thank you, friend :) You are something that I will never forget, cause I will never ever be able to remove 'experience' from my life :)

>>>>>>>>>>>>>>>



okey..
lu orang tak perlu komen pasal ejaan & struktur ayat gua..
gua sendiri sedar akan kekurangan itu..gua tulis tergesa-gesa,der...
and tak silap dalam 6-7 minit sahaja untuk gua karang isi hati gua tu..
dan gua online dlm 15minit only pagi itu(totally spent untuk isi borang nak guna wifi Mc D + sign-in facebook + karang + send)..
pasal grammar.....................
eh,ade rama-rama cantik lah, kat dalam akuarium adik gua!!
bye2~


p/s:gua memang sengaja tak nak edit surat wish bornday gua tu sebab tak nak si rejim is-rare-ill dan pelancong-pelancong dari hiroshima guna google chrome untuk translate hal-hal peribadi gua.guna ayat pasar rakyat malaysia,google tak dapat translate,kan..?
kan..?kan ke tak..??!!

Khamis, 4 November 2010

gua bukan dalam masjid..tapi..........

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim" (Hadis Riwayat Ibn Majah)


iman ada pasang surut..

p/s:gua nk baca sendiri sahaja sebenarnya..
tak ada tempat nak di save kan..
post je la kt blog sendiri