Isnin, 6 Jun 2011

Metaforah Refrigeratah

Kelibat botol CLOROX (perisa Regular) di dalam peti bersegi yang fungsi asalnya mensuhu-rendahkan bahan makanan, yang keternamakan sebagai peti sejuk itu, tidak berlaku seadanya dia. Isipadu Clorox yang masih tersisa juga, masih mampu membasmi kuman influenza berkadar jutaan .

Botol itu pasti telah dibawakan jasadnya ke dalam sana. Walau siapa pun yang pernah mengerah keringat memastikan keterjadian peristiwa itu, jika anda menggambarkan penterjemahan frasa hiperbola yang anda imaginkan ke dalam bentuk tindak-tanduk, budi pekerti-mu tiada nilai estetika seni imaginasi klasik .

Anda yang memegang watak sebagai pembawa-botol-CLOROX-ke-dalam-peti-sejuk; dari pandangan mata gua, telah juga memegang watak pemangkin-kemarahan-tuai-rumah-banglo-nombor-7-Bukit-Minyak; Hafizan Ali.

Mungkin juga termasuk kemarahan ahli-ahli rumah yang lain. KAMI SEMUA NAK KERASKAN AIS DALAM FREEZER LAH, BAJINGAN!!! Berharuman clorox perisa regular pula kelak!


P/S: bayarkan sewa rumah bulan April lalu yang masih tertunggak,beserta sewa-separuh-harga bulan Jun ini, sebagai tindakan meminta maaf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan