Okay.Bukan fasal yuran U mahupun cita-cita murni yang gua nak story.
Cuti gua yang dikacau-bilaukan yang gua nak lu orang take note. Cuti yang sepatutnya 5 minggu,gua kena bundarkan kepada 3 minggu sahaja. Cilanat,tak cilanat? Tolak 2 minggu,beb. Kalau tulis belog,dah siap 1 perenggan dah! Kalau gua buat kerja part time kat kedai dobi pun dapat juga gaji lumayan,dapat gua sedekahkan ke masjid-masjid pada hari jumaat,dan ke casino pada hari-hari lain nya. Rugi gua.
Fenomena tersusutnya bilangan cuti gua ini berlaku atas alasan,gua kena kerah menjadi fasilitator minggu orentasi pelajar-pelajar hingusan yang gatal pungkoq nak study kat mana gua study. Gua tahu lah yang gua memiliki sifat-sifat murni yang patut ditauladani. Tapi perlukah sampai nak ekori gua,kat mana gua study? Syial la budak-budak yang nak menuntut ilmu kat U gua tu. Tak kasihan gua betul! Belajar lah kat universiti lain. Tak perlulah gua korbankan cuti gua semata-mata bagi memimpin tangan dia orang ni bagai nak pimpin tangan warga emas melintas landasan monorel,bagi menjayakan orentasi mereka ini. Tak indie(independent) betul kanak-kanak sekarang!
Gua ingat nak join exco ke-tidur-an sahaja. Ternyata,impian gua palsu belaka. PLASTIK,bak kata nyah-nyah di rumah urut yang selalu gua kunjungi itu. Gua diserapkan ke dalam exco pengangkutan pula. Tak menepati kredibiliti dan prinsip hidup gua langsung! Kalau dapat exco kerohanian,kira sipi-sipi lah juga dengan perwatakan gua yang warak ini. Boleh juga gua ajarkan budak-budak itu nanti tentang bagaimana meng-qasar-kan solat subuh dan mahgrib..
p/s:
gua ingat nak pergi berbuka puasa sunat gua sekejap lah..pause dulu la kalau begitu..