Khamis, 21 April 2011

ini bukan ciplak!!

seperti yang tertera pada judul,(jika kalian reti membaca) gua bukan nak ciplak.
cuma gua tak berapa rajin nak follow mereka.tapi gua respect mamat/minah ni punya content:
yang ni,mungkin nukilan permulaan sebelum kisah kat atas ni .lu orang tak mahu baca,gua sendiri nak:
ni pula, perkaitan sejarah Andalusia di atas,dengan peristiwa selepas dari tarikh hitam di Andalusia:

p/s: ok. gua faham yang entri kali ni bosan gila.
tapi bagi para pengkaji,selamat menelaah~

Rabu, 23 Mac 2011

Santa Esmeralda - You're My Everything



gua juga ada ruangan untuk merasai kemengantukan rasa jiwang dalam jiwa.
gua mahu layan,lu orang tidak pula ditegah.jamahlah~

Sabtu, 5 Mac 2011

arpergillus niger., bukan lah suku kaum negro Nigeria!!

mulut longkang golongan ibu kepada si Nyah (bukan nama rekaan), pada pandangan mata akal gua yang meliuk lingguk mengikut tempo rintikan titis hujan ini, adalah jauh lebih bernada manis jika dibandingkan dengan anggota rongga terbuka bawah daripada lokasi hidung milik segelintir fanatik parti politik.

come on! lu orang sudah lah dikelaskan di dalam kelompok bangsa yang sama, agama pula dah ditakdirkan tiada bedanya, semasa hingusan dahulu kerap luangkan masa bersama mengintai janda berhias korek hidung sambil bergayut di telefon awam, sama-sama menyewa DVD blue apabila menginjak usia sedikit belia, akrab bagai muka surat pertama dengan muka surat kedua jika mahu diibaratkan.

arakian, apabila dewasa, setelah 3,4 kali menjalankan kewajipan mengundi semasa musim pilihanraya, apabila ber-chat di friendster mahupun tagged, dan tajuk perbualan pula berkisar mengenai politik, habis huru-hara, hiruk-pikuk, gundah-gulana hati masing-masing, memaki-hamun calon politik dambaan hati si kawan akrab zaman kanak-kanak nya tadi. si A mancarutkan calon kesayangan si B, si B menggelarkan itu-ini calon yang dikagumi si A. apa sudah jadi? mana perginya keakraban waktu menyumpul setem dibangku sekolah rendah dahulu?

itulah masalah nya kalau terlalu taksub dengan atmosfera politik. apa salahnya kalau semangat membara terhadap politik itu sedikit dilarut-cairkan barang sesaat cuma?

daripada lu orang bermasam muka dengan kawan lama sebab politik, walau pun tak berapa nak baik, sebenar nya baik juga kiranya lu orang yang bergaduh kat friendster tu tadi mengajak sesama sendiri keluar lepak, mengumpat janda yang suka korek hidung dulu tu sambil pekena shisha se-pam dua, saksikan skill2 kanak-kanak rempit di dataran shah alam dan kalau rasa line clear jadi jokey bertaruh siapa bakal menang race malam tersebut, atau setidak-tidaknya menjakunkan diri tengok ketangkasan si foreigner kulit hitam kat Bukit Minyak main drift kat tepi lombong Batang Berjuntai,sekali lagi dengan se-pam dua shisha, sambil melupakan sebentar masalah pucuk pimpinan negara tu.

ini cuma cadangan gua sahaja. jika tidak mahu hirau, FINE!!!!sentap hati mak!!

p/s:dah,gua nak sambung study Immunology,BBS 2224 oleh Cikgu Haryati Shila. Majulah sektor industri Rasuah untuk sekalian umat. sekian~

Ahad, 20 Februari 2011

unta lesbian!

pernah lu orang lihat seekor unta di padang pasir sedang cuba mengalihkan piramid Giza untuk mencipta short-cut yang menghalang laluannya..?

kalau lu orang berdusta dan mengatakan pernah, gua akan buat-buat percaya dengan wajah serius yang tidak menggambarkan kejengkelan gua kepada pembohongan lu orang itu.

situasi gua,lebih perit jika dibandingkan dengan unta khayalan lu orang itu.

dalam 2 minggu ini, gua akan berada di "bawah" beberapa biji piramid.

ini cuma perumpamaan sahaja. gua just nak describe betapa besarnya, beratnya pressure yang gua sedang kendong, tanggung atau dukung.

proposal 9 helai tentang thesis berkenaan Perna viridis, harus gua alter bagi disemak oleh supervisor gua, buat kali terakhir sebelum isnin ini(22 feb 2011).
hal ini demikian kerana, gua akan submit proposal ini, dengan kesalahan tatabahasa serta metodologi yang mungkin masih banyak sumbingnya pada selasa ini(23 feb 2011).
isnin ini juga, gua perlu dengan paksa mahupun pasrah, menghadiri meeting tentang menganjurkan program berbasikal bagi mempromosikan UNISEL dan JPAM ke mata kanak-kanak sekolah menengah sekitar Batang Berjuntai ini.
pada hari isnin ini juga nanti, gua bersama-sama ahli rumah banglo nombor 7 Bukit Minyak, akan ada perbentangan tentang tempe daripada jagung.
perh!!!bila nak buat slide nya..??

rabu, akan berlangsung pula program berbasikal itu. juga,dengan kemungkinan yang agak besar, akan ada perbentangan secara berkumpulan tentang transgenic corn.

cibet!gua serabut sekarang ini!!
mahu beransur pergi..

p/s: chow, Lan chow!!

Isnin, 31 Januari 2011

8 nombor onk!!!

03-8186686..
012-*****85
013-***85*8
c-85
BFB 8418
when i was 8, i think it was among the best chilho0d learning progress..
when i was 18, i knew many pretty girls masa di matrikulasi,=)
(or maybe at least i usha-ed them)

i will be marrying my wife at the age of 28..(insyaAllah)
jemputlah ke majlis walimatul urus gua kelak~

all i want to highlight here is that 8 is ALWAYS my liky+lucky number..
from the very beginning, surrounded by "8"..

therefore,do not complaint why there are only 8 posts for the year of 2010..
so, untuk tahun 2011 ni..
gua akan samada melancarkan 8, 18, 28, 38 atau pun, 88 biji post..
terserah kepada kerajinan,dan pilihan nombor 8 mana yang teringin menzahirkan kewujudan mereka dalam susunan nombor~





p/s:gua tau, siapa baca mesti pening.
akan tetapi, tiada sebab munasabah untuk gua kerah diri ini untuk KISAH.
selamat mengunjungi tahun 2o11(n_0)v
jangan gatal-gatal mulut nak cakap dah terlewat..
(still bulan januari,maaa~~)

Selasa, 7 Disember 2010

rare-gym ice-rare-ill

wahai teman rumah yang budiman, yang dijaga maruahnya tidak dinamakan..
sesedap perisa anda menonton blue seorang-seorang, ketawa sendirian di kala kami berhempas pulas menyelesaikan tugasan cikgu immune..
anda fikir kelakuan anda menstabilkan ekosistem cakerawala?