Isnin, 6 Jun 2011

Metaforah Refrigeratah

Kelibat botol CLOROX (perisa Regular) di dalam peti bersegi yang fungsi asalnya mensuhu-rendahkan bahan makanan, yang keternamakan sebagai peti sejuk itu, tidak berlaku seadanya dia. Isipadu Clorox yang masih tersisa juga, masih mampu membasmi kuman influenza berkadar jutaan .

Botol itu pasti telah dibawakan jasadnya ke dalam sana. Walau siapa pun yang pernah mengerah keringat memastikan keterjadian peristiwa itu, jika anda menggambarkan penterjemahan frasa hiperbola yang anda imaginkan ke dalam bentuk tindak-tanduk, budi pekerti-mu tiada nilai estetika seni imaginasi klasik .

Anda yang memegang watak sebagai pembawa-botol-CLOROX-ke-dalam-peti-sejuk; dari pandangan mata gua, telah juga memegang watak pemangkin-kemarahan-tuai-rumah-banglo-nombor-7-Bukit-Minyak; Hafizan Ali.

Mungkin juga termasuk kemarahan ahli-ahli rumah yang lain. KAMI SEMUA NAK KERASKAN AIS DALAM FREEZER LAH, BAJINGAN!!! Berharuman clorox perisa regular pula kelak!


P/S: bayarkan sewa rumah bulan April lalu yang masih tertunggak,beserta sewa-separuh-harga bulan Jun ini, sebagai tindakan meminta maaf.

Isnin, 9 Mei 2011

69% atau posisi 69..???

punya tebal naskah KAMASUTRA tu, gua sepatutnya baca 1 bab sahaja.
tapi sebab dia punya susah lain macam sikit angle nya, gua sangkut pada muka surat 13.
susah la gua nak khatam kamasutra ni jawabnya.
lu orang kalau ada tips bagus-bagus tentang cara nak enjoy baca naskah yang sulit tu,share-share la.
gua kanak-kanak berhingus. mentality memang tak kukuh lagi.
tolong ya, sebab gua ada test subjek kamasutra, MPW22-69.

Rabu, 27 April 2011

El Tigre v.s Patrick of the bikini bottom


Along
Abang paling tua, berusia 20 tahun. Lepasan sekolah menengah berasrama penuh, juga lepasan matrikulasi. Ditambah lagi, sedang menuntut untuk ijazah sarjana muda.
Hazmi
adik bongsu, 7 tahun. Darjah 1, sekolah rendah di luar Bandar (kampung).

*****
Televisyen:         aku akan musnahkan kau sehingga berkecai ketahap molekul!!
hiargh!!

Dua beradik yang sedang lepak-lepak santai, berbaring separuh bogel depan televisyen, menonton El Tigre (Malay-translated cartoon yang ditayangkan petang-petang di tv9).

Hazmi: Along, along. Molekul tu apa?
Along: Molekul tu, zarah-zarah halus atau blok-blok asas yang dalam keadaan asalnya tidak kelihatan oleh mata kasar manusia, jika tidak dibantu oleh sebarang alat bantuan penglihatan. Tapi apabila dikumpulkan dalam kuantiti yang banyak, akan menjadikan suatu jasad yang kelihatan pada mata kasar, tanpa perlu alat bantuan penglihatan. Faham?
Hazmi: Haaaaaaaa?????
Along: Ermmmmm………

*****
Sekali lagi,
Along
Abang paling tua, berusia 20 tahun. Lepasan sekolah menengah berasrama penuh, juga lepasan matrikulasi. Ditambah lagi, sedang menuntut untuk ijazah sarjana muda.
Hazmi
adik bongsu, 7 tahun. Darjah 1, sekolah rendah di luar Bandar (kampung).

Khamis, 21 April 2011

skodeng,deng,deng~~

jeng,jeng,jeng~~
gua nak bagi ucapan segenggam-2 kata ni.
gua follow lu,sebab gua rasa-rasa macam nak mengaji bahasa minah salleh seksi meksi dari lu, disebab-musababkan oleh bebelan lu dalam blog lu yang secubit-2 sahaja perkataan dalam bahasa minah melayu sopan cipan yang mana selebihnya mewakili perkataan-perkataan bahasa ibunda rakyat australia,dan penduduk setinggan amerika.
boleh kan,lu..?
lu yang dimaksudkan:  alol0lol0lo~~ jiwang awek orang ni~

ini bukan ciplak!!

seperti yang tertera pada judul,(jika kalian reti membaca) gua bukan nak ciplak.
cuma gua tak berapa rajin nak follow mereka.tapi gua respect mamat/minah ni punya content:
yang ni,mungkin nukilan permulaan sebelum kisah kat atas ni .lu orang tak mahu baca,gua sendiri nak:
ni pula, perkaitan sejarah Andalusia di atas,dengan peristiwa selepas dari tarikh hitam di Andalusia:

p/s: ok. gua faham yang entri kali ni bosan gila.
tapi bagi para pengkaji,selamat menelaah~

Rabu, 23 Mac 2011

Santa Esmeralda - You're My Everything



gua juga ada ruangan untuk merasai kemengantukan rasa jiwang dalam jiwa.
gua mahu layan,lu orang tidak pula ditegah.jamahlah~