Ahad, 13 Jun 2010

siHir;pukAu (siri ke-satu)

Tak menyempat gua nak enjoy cuti sem ni,dah kne balik Universiti gua yang yuran dia memang tak hengat. Nak terberanak ayahanda gua dibuatnya!(gua kena lelong beb,kat ipta..tepaksa lah gua masuk juga ipts,bagi merealisasikan cita-cita gua-melastik telur komando-komando rejim zionis!)

Okay.Bukan fasal yuran U mahupun cita-cita murni yang gua nak story.

Cuti gua yang dikacau-bilaukan yang gua nak lu orang take note. Cuti yang sepatutnya 5 minggu,gua kena bundarkan kepada 3 minggu sahaja. Cilanat,tak cilanat? Tolak 2 minggu,beb. Kalau tulis belog,dah siap 1 perenggan dah! Kalau gua buat kerja part time kat kedai dobi pun dapat juga gaji lumayan,dapat gua sedekahkan ke masjid-masjid pada hari jumaat,dan ke casino pada hari-hari lain nya. Rugi gua.

Fenomena tersusutnya bilangan cuti gua ini berlaku atas alasan,gua kena kerah menjadi fasilitator minggu orentasi pelajar-pelajar hingusan yang gatal pungkoq nak study kat mana gua study. Gua tahu lah yang gua memiliki sifat-sifat murni yang patut ditauladani. Tapi perlukah sampai nak ekori gua,kat mana gua study? Syial la budak-budak yang nak menuntut ilmu kat U gua tu. Tak kasihan gua betul! Belajar lah kat universiti lain. Tak perlulah gua korbankan cuti gua semata-mata bagi memimpin tangan dia orang ni bagai nak pimpin tangan warga emas melintas landasan monorel,bagi menjayakan orentasi mereka ini. Tak indie(independent) betul kanak-kanak sekarang!

Gua ingat nak join exco ke-tidur-an sahaja. Ternyata,impian gua palsu belaka. PLASTIK,bak kata nyah-nyah di rumah urut yang selalu gua kunjungi itu. Gua diserapkan ke dalam exco pengangkutan pula. Tak menepati kredibiliti dan prinsip hidup gua langsung! Kalau dapat exco kerohanian,kira sipi-sipi lah juga dengan perwatakan gua yang warak ini. Boleh juga gua ajarkan budak-budak itu nanti tentang bagaimana meng-qasar-kan solat subuh dan mahgrib..

p/s:
gua ingat nak pergi berbuka puasa sunat gua sekejap lah..pause dulu la kalau begitu..

4 ulasan:

  1. haha.. ko study kt citu pon entah2 senior ko pn ckp cmtu gak dlu. ^o^

    BalasPadam
  2. hahaha..
    entah2,ko senior aku,ea..??
    brani ko ckp cmtu!!hehehe

    BalasPadam
  3. bile siri ke2 nak keluar...
    hahah

    BalasPadam
  4. hahaha..bulat,cane nk kuarkan siri seterusnya..?
    kt fb dh edit laen..
    patot post smbungan sahaja ke,atau termasok dari awal yg dh di edit mcm kt fb tu..?

    BalasPadam